Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 Januari 2013

Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia – Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!


Belanjawan 2013 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib pada September tahun lalu mempunyai beberapa intipati. Antara intipati belanjawan tersebut ialah Rebat RM200 untuk belia bagi membeli telefon pintar dalam Pakej Komunikasi Belia. Pendaftaran telah dibuka bermula hari ini dan terhad untuk 1.5 juta belia sahaja dengan syarat-syarat tertentu. Pendaftaran boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang SKMM (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/). Berikut merupakan langkah bagi yang ingin memohon rebat ini.
[UPDATE] 2 Januari 2013
Had limit untuk harga telefon pintar telah di tarik kembali di mana pemohon boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa ada harga maksimum. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata dalam laman Twitter beliau; “Kabinet bersetuju belia 21-30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh di tawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 mulai bulan ini.
 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!
Tiada Had Harga
Syarat‐syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200):
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21‐30 tahun pada tarikh memohon;
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500);
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
  5. Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia.
Peringatan:
  1. Penebusan rebat ini akan luput selepas satu (1) bulan dari tarikh permohonan berjaya.
  2. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan
  3. Pemohon hanya layak untuk menebus telefon yang berharga tidak lebih daripada RM500 dan yang telah diluluskan oleh SKMM.
Model telefon yang layak terima rebat SKMM:
Senarai+Telefon+Pintar+Rebat+RM200+Bajet+2013 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!
Model telefon layak SKMM
Soalan Lazim:
S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.
S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.
S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia [at] cmc.gov [dot] my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.

p/s credit to http://www.kauthar.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tuan Azry

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages